Syabas dan Tahniah Kepada Kumpulan C-Lite Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM 2024

22 Jamadilakhir 1446H | 24 Disember 2024 (Selasa) – Kumpulan C-Lite dari UiTM Cawangan Melaka mencipta detik gemilang apabila dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UiTM tahun 2024. Kejayaan ini diumumkan dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti yang berlangsung megah di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.

Mengatasi kumpulan terbaik dari seluruh UiTM, Kumpulan C-Lite memikat hati juri dengan pembentangan inovasi yang kreatif, relevan, dan memberikan impak besar kepada institusi. Selain meraih gelaran juara, kumpulan ini turut menerima trofi, sijil penghargaan, dan wang tunai sebanyak RM3,000 sebagai hadiah kemenangan.

Majlis penuh gilang-gemilang ini menjadi saksi kehebatan warga UiTM dalam meneroka dan menghasilkan penyelesaian inovatif. Kemenangan Kumpulan C-Lite menjadi simbol kecemerlangan UiTM Cawangan Melaka dalam memperjuangkan budaya inovasi yang progresif dan berkualiti tinggi.

Tahniah kepada Kumpulan C-Lite atas pencapaian luar biasa ini. Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus melakar kejayaan dalam budaya inovasi dan kreativiti.

Pencapaian Kumpulan C-Lite di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2024:

  1. Johan KIK Peringkat UiTM 2024
  2. Anugerah Pembentang Terbaik (Wanita)
  3. Anugerah Penarafan Emas

Kumpulan C-Lite telah diwakili oleh staf PTAR UiTM Cawangan Melaka seperti berikut:

  1. Encik Ahmad Nazri bin Jaafar (Fasilitator)
  2. Cik Ilya Nur Fateen binti Othman (Ketua Kumpulan)
  3. Puan Nor Roszaimi bin Yaalam (Setiausaha)
  4. Encik Jonizam bin Abu Kasim (Bendahari)
  5. Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani (Ahli)
  6. Encik Mohd Azali bin Talib (Ahli)
  7. Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim (Ahli)
  8. Encik Mohammed Zahari bin Zubir (Ahli)
  9. Encik Muhammad Izwan bin Ibrahim (Ahli)

Disediakan oleh: Mohd Jefary bin Jantan, Pembantu Pustakawan Tertinggi, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply