Program Literasi Maklumat Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari, Tanjung Bidara, Melaka

18 Disember 2024, Rabu – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Literasi Maklumat bagi Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM), Al-Abqari, Tanjung Bidara, Melaka. Program berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Unit Perpustakaan Digital, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Program yang melibatkan 32 orang peserta ini bertujuan untuk membimbing pelajar menguasai kemahiran mencari, memahami, menilai, dan menggunakan maklumat secara tepat dan beretika, selain memperkenalkan mereka kepada dunia teknologi.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar dibimbing untuk menganalisis, menilai, dan membuat keputusan secara mendalam berdasarkan maklumat yang diperolehi. Program ini turut menekankan aspek penyelesaian masalah secara kreatif dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sahih dan relevan, selaras dengan keperluan era teknologi masa kini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini :

1. Taklimat Strategi Bijak Literasi Maklumat: Panduan Pelajar dalam Era Digital – disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

2. Sesi Ice Breaking

3. Taklimat Eksplorasi Teknologi: Pengenalan Komputer dan Perisian – disampaikan oleh Encik Mohd. Azali Talib, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

4. Sesi Battle of the Brains

Senarai pemenang Sesi Battle of the Brains:

Tempat Pertama: Ammar Yasser bin Mohd Hafiz (Tingkatan 4)

Tempat Kedua: Muhd Aliff Fahmi bin Mohd Nazly (Tingkatan 3)

Tempat Ketiga: Wan Muhd Furqaan bin Abdul Aziz (Tingkatan 4)

Senarai pemenang Sesi Ice Breaking:

Wan Muhd Furqaan bin Abdul Aziz (Tingkatan 4)

Abdul Fattah Al-Abqary bin Mohd Fuad (Tingkatan 3)

Program diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Tuan Haji Ammin bin Datuk Haji Azmi, Pengetua Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM), Al-Abqari, Tanjung Bidara, diikuti oleh penyampaian hadiah kepada pemenang.

Program seperti ini diharapkan dapat memperkukuh kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar, sekaligus mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran kompleks era digital. Selain itu, program ini berperanan dalam memperluas  pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi dan pendidikan digital seiring dengan arus perkembangan semasa.

Sekitar ucapan aluan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Sekitar Taklimat Strategi Bijak Literasi Maklumat : Panduan Pelajar dalam Era Digital, disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Sekitar Taklimat Eksplorasi Teknologi : Pengenalan Komputer dan Perisian, disampaikan oleh Encik Azali Talib, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Sekitar pertandingan Battle of The Brains sedang dijalankan

Sekitar Ice Breaking sedang dijalankan

Sekitar gambar kenangan PTAR bersama pengetua, guru-guru dan pelajar sekolah

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka


Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply