10 – 12 November 2024 (Ahad – Selasa) – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mewakili UiTM Cawangan Melaka iaitu Kumpulan C-Lite dalam Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM 2024 yang telah dijalankan di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah. Kumpulan C-Lite telah diwakili oleh staf PTAR UiTM Cawangan Melaka seperti berikut:
- Encik Ahmad Nazri bin Jaafar (Fasilitator)
- Cik Ilya Nur Fateen binti Othman (Ketua Kumpulan)
- Puan Nor Roszaimi bin Yaalam (Setiausaha)
- Encik Jonizam bin Abu Kasim (Bendahari)
- Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani (Ahli)
- Encik Mohd Azali bin Talib (Ahli)
- Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim (Ahli)
- Encik Mohammed Zahari bin Zubir (Ahli)
- Encik Muhammad Izwan bin Ibrahim (Ahli)
Kumpulan C-LITE berjaya meraih Penarafan Emas, membuktikan keunggulan dan dedikasi mereka dalam memacu inovasi yang berkualiti tinggi. Tahniah juga kepada Cik Ilya Nur Fateen binti Othman yang dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik Wanita, satu pengiktirafan yang sangat berprestij atas kemahiran pembentangan yang luar biasa. Bagi Anugerah Utama tempat pertama sehingga tempat ketiga akan diumumkan semasa Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2024 pada 24 Disember 2024 di UiTM Shah Alam.
Komitmen anda semua telah mengangkat nama UiTM Cawangan Melaka dan menginspirasikan kita semua. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha inovasi yang lebih gemilang di masa hadapan.
Selamat maju dan berjaya, C-LITE! “Keselamatan dan Kesihatan Anda Adalah Keutamaan Kami”
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah