17 Oktober 2024 (Khamis) – Unit Arkib Cawangan (UAC), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman dan bersama 2 orang pegawai dari Arkib Negara Malaysia:
- Encik Amir Syafizi bin Ab Raof (Ketua Unit Integriti)
- Cik Azhaniah binti Azizan (Ketua Syeksyen Perkhidmatan Pusat Rekod)
Lawatan ini diadakan adalah untuk membuat satu sesi pertemuan bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bagi memberi penerangan mengenai produk inovasi yang telah dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu PR Smart Table.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan kata aluan daripada Encik Mior Hishamuddin bin Ariffin, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Melaka dan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai pengenalan dan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan produk PR Smart Table yang disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini diakhiri dengan sesi lawatan di sekitar Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat koleksi-koleksi yang dipamerkan dan ruang-ruang yang ada di Unit Arkib Cawangan Melaka.
Semoga hasil dari lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan perpustakaan dan memberi panduan kepada mereka dalam usaha pembangunan unit arkib di tempat masing-masing.
Pautan Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS2oa2XYD/
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah