Tarikh: 27 – 29 Oktober 2024
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Perpustakaan Cendekiawan dan Perkarangan Pusat Kegiatan Pelajar Non-Residen
Penganjur Utama: Perpustakaan Cendekiawan
Dengan Kerjasama:
– Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Terengganu
– Persatuan Wanita (PEWANI) UiTM Cawangan Terengganu
– Kelab Debat dan Pidato UiTM Cawangan Terengganu.
Objektif program
- Memupuk jati diri dan citra bangsa Malaysia di kalangan warga UiTMCT Cawangan Terengganu dan komuniti.
- Menyemarakkan pembudayaan ilmu dengan mengadakan aktiviti memartabatkan bahasa kebangsaan di kalangan warga UiTM Cawangan Terengganu dan komuniti setempat.
- Mengadakan program kolaborasi maklumat antara Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu dengan jabatan dalam dan luar UiTM.
- Melibatkan pelajar kelab dalaman UiTM Cawangan Terengganu untuk mengendalikan program berskala besar agar lebih berdaya saing dan berpengalaman.
Pautan berkaitan:
– Buku Program: KLIK DI SINI
– Gambar Program: KLIK DI SINI
Karnival Perpustakaan 2024 UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) ini telah mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan UiTMCT, serta sokongan dari pelbagai agensi luar seperti Maybank, RHB bank, Koperasi Kakitangan UiTM Berhad, Sabasun HyperRuncit, Kaharo, Co-op Bank Pertama, Bank Simpanan Nasional, PPZ MAIWP, Yakult, PTPTN, Pertima, Kopetro, Keropok Sri Sura, DIBUK, HighBase Strategic Sdn. Bhd., AZKA-PPZ, Cuepacs Care, dan Bilik Inap Chini Haji Embong. Turut sama menjayakan program ini ialah Akademi Jawi Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu – Perpustakaan Awam Daerah Dungun, Jabatan Pengangkutan Jalan-Dungun, PALAPES UiTMCT, dan Pasukan Misi Akademik UiTMCT.
Diadakan sempena bulan bahasa kebangsaan, pelbagai pengisian telah dianjurkan dengan melibatkan komuniti dalam dan luar UiTMCT seperti Pertandingan Pidato Antara IPT Pantai Timur, Pertandingan Mengeja Tepat Bahasa Melayu, Pertandingan Membaca Nyaring, Forum Bahasa Astaka Minda: Kesantunan dalam Berbahasa, Kuiz Simpulan Bahasa, dan dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Mewarna bersama Pelajar Prasekolah Daerah Dungun. Terdapat enam belas buah reruai pameran maklumat dibuka di sepanjang karnival yang disertai oleh agensi dalam dan luar UiTMCT yang menawarkan pelbagai kemudahan dan manfaat kepada semua pengunjung. Setiap kehadiran pada setiap aktiviti telah menerima e-sijil penyertaan, e-merit kepada pelajar UiTMCT, dan jam latihan staf UiTMCT.
Sinergi antara pelbagai pihak dijalinkan melalui penganjuran bersama Kesatuan Kakitangan UiTMCT dengan mengadakan Jualan Rahmah MADANI bergerak dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Cawangan Dungun. Pelbagai barangan keperluan asas telah dijual pada harga yang amat berpatutan dan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UiTMCT dan komuniti setempat.
Penganjuran bersama PEWANI UiTMCT juga telah menyediakan lebih dua puluh buah gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makan dan minuman kepada pengunjung karnival bertempat di perkarangan tempat letak kereta Dewan Jasmin, berhadapan bangunan perpustakaan.
Penglibatan komuniti setempat, khususnya pihak sekolah sememangnya amatlah dihargai. Kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang telah memberi pelepasan dan kebenaran kepada para pelajar sekolah untuk turut hadir menyertai aktiviti yang diadakan serta berkunjung ke karnival ini merupakan penyumbang utama kepada kehadiran pengunjung karnival yang dianggarkan seramai 5, 216 orang pengunjung secara keseluruhan.
Program Karnival Perpustakaan 2024 UiTMCT telah melabuh tirai dengan program Syarahan Malaysia Madani yang diadakan sebelum majlis Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mustafa Kamil bin Ayub, Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan dan maklumbalas yang sangat baik daripada pelbagai pihak dan telah mencapai objektif penganjurannya serta membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan perpustakaan dalam pembudayaan ilmu seterusnya mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang ada. Secara tidak langsung ianya telah berjaya membina sinergi dan jaringan industri secara tidak langsung dengan jabatan dan agensi yang terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Karnival Perpustakaan 2024 UiTM Cawangan Terengganu!
Sumber Gambar: Facebook Lensa UiTM Terengganu
Disediakan oleh:
Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.
Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.