TAKLIMAT SEMPENA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) “GET TO KNOW PAB” BERSAMA PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI UITM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA
Satu taklimat bertajuk “Get to Know PAB” diadakan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) bersama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka bagi sesi akademik 1 2024/2025. Taklimat ini dikendalikan oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, pustakawan Perpustakaan Al-Bukhari, bersama beberapa orang staf perpustakaan.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada semua pelajar baharu. Para pelajar didedahkan kepada pelbagai sumber rujukan akademik, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital, yang boleh dimanfaatkan sepanjang tempoh pengajian di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Butiran taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh: 2 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 11:00 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Program ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Quality Education, di mana perpustakaan memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada maklumat akademik yang berkesan dan relevan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenali Perpustakaan Al-Bukhari dengan lebih dekat dan memanfaatkan perkhidmatannya untuk memperkasa pengalaman pembelajaran anda di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka!
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan