Meraikan 10 Minit Membaca bersama Warga Kampus UiTM

Tanggal 21 April 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Pahang Kampus Raub bersama-sama dengan Perpustakaan Al-Bukhari telah menganjurkan sebuah program galakan membaca iaitu “Mari Membaca Bersama 10 Minit”. Program yang telah berlangsung selama satu jam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan staf dan juga pelajar. Program ini mengfokuskan dalam keseronokan di sambil menimba ilmu kerana dalam perjalanan ilmu itu harus mempunyai kualiti selari dengan matlamat SDG 4 : Quality Education.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah sesi bedah buku di mana setiap wakil daripada staf dan pelajar harus tampil ke hadapan untuk mengupas isi yang dibaca sepanjang 10 minit tempoh yang diberikan. Untuk terus merancakkan program lagi, pihak PTAR turut mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti teka mukasurat buku, teka buku bersama hadiah serta jentik dan menang.

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply