Tarikh: 29 Mei 2024 (Rabu)
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Peserta terdiri daripada warga kampus Jengka yang kerap menggunakan perkhidmatan perpustakaan pada tahun 2023, antaranya:
– Menghadiri Kelas Kemahiran Maklumat (KKM)
– Hadir ke Perpustakaan
OBJEKTIF PROGRAM:
- Mempergiat aktiviti galakan membaca dikalangan warga UiTM Cawangan Pahang.
- Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang dari usaha-usaha pembudyaan ilmu.
- Menyokong Key Performance Indicator (KPI) 2 Perpustakaan iaitu sebanyak 12 program Read@UiTM dijalankan.
- Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu UiTM Cawangan Pahang yang sering dengan Sustainable Development Goals (SDG): SDG 4 (Quality Education)
Lawatan ini bukan sekadar lawatan biasa. Ia adalah sebahagian daripada misi kami untuk memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar, akan tetapi sebagai satu dedikasi untuk menyokong pembudayaan ilmu, khususnya dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi UiTM Cawangan Pahang.
Kami ingin mengucapkan ribuan & jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang kerana sama-sama menyokong program pembudayaan ilmu ini. Kami berharap inisiatif ini dapat meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan warga kampus dan melahirkan generasi yang berilmu.
Untuk anda yang berada di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti menarik kami di Perpustakaan Al-Bukhari. Kami ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan. Jadi, jom kita bertemu di program seterusnya!
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan