𝑲𝑬𝑴𝑷𝑬𝑡 𝑫𝑬𝑹𝑴𝑨 𝑫𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑫𝑨𝑡 𝑷𝑬𝑴𝑬𝑹𝑰𝑲𝑺𝑨𝑨𝑡 𝑴𝑨𝑻𝑨

23 OKT (RABU) – Kempen Derma Darah Dan Pemeriksaan Mata yang diadakan pada 22 – 23 OKTOBER 2024 anjuran Anjuran Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu, Jabatan Transfusi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) & TRW Optical dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Bertempat di Ruang Bacaan Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Mata ini dianjurkan sebagai satu inisiatif kebajikan bagi menyokong bekalan darah di hospital serta meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menjaga kesihatan mata. Kerjasama antara Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu, Jabatan Transfusi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) & TRW Optica dengan Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah berjaya menarik minat para pelajar dan kakitangan universiti untuk turut serta dalam kempen ini.

Objektif Kempen ini adalah untuk Menambah stok darah di Jabatan Transfusi HRPZ II bagi memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan, memberi kesedaran tentang kepentingan menderma darah dalam menyelamatkan nyawa, menyediakan pemeriksaan mata secara percuma sebagai langkah pencegahan awal terhadap penyakit mata& mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan mata dan melakukan pemeriksaan secara berkala. Sebanyak 30 beg darah berjaya dikumpul dalam kempen ini, yang mana setiap satu beg dapat membantu menyelamatkan sehingga tiga nyawa& seramai 20 orang individu telah menjalani pemeriksaan mata percuma. Beberapa kes awal seperti masalah rabun dan tekanan mata tinggi telah dikenal pasti, dan peserta disarankan untuk membuat susulan di hospital.

Disediakan oleh:Β  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply