Unit Arkib Cawangan (UAC), Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan sesi libat urus di setiap bahagian/PTJ UiTMCK Kampus Kota Bharu pada 8 Oktober 2024 bermula jam 10:00 pagi hingga selesai. Sesi libat urus UAC ini juga turut dihadiri bersama Puan Alina Hussein (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan) dan staf-staf UAC PTA.
Bahagian/PTJ yang terlibat:
1. Bahagian Pentadbiran
2. Bahagian Fasiliti
3. Pejabat Polis Bantuan
4. Pejabat Bendahari
5. Bahagian Hal Ehwal Akademik
6. Bahagian Hal Ehwal Pelajar









Khidmat rundingan dan konsultasi ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di UAC seperti proses pelupusan, penilaian fail & rekod serta penyerahan 15 rekod penting universiti kepada pihak UAC oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) yang telah dilantik.
Semoga melalui inisiatif ini, semua bahagian/PTJ yang terlibat dapat memantapkan lagi pengetahuan dalam pengurusan rekod & fail yang betul.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang