MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SEJARAH UiTM CAWANGAN PERAK

14 Oktober 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak Razak UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Majlis Perasmian Pameran Sejarah UiTM Cawangan Perak. Majlis ini diadakan pada pukul 2.30 petang bertempat di ruang pameran perpustakaan. Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memaparkan tokoh-tokoh peneraju, sejarah penubuhan serta pencapaian UiTM Cawangan Perak selama 25 tahun. Selain itu, pameran ini juga menonjolkan peristiwa-peristiwa penting seperti konvokesyen dan pecah tanah. Di samping perkembangan kemajuan infrastruktur yang telah menyokong proses pendidikan di cawangan ini.

Perasmian pameran tersebut disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, YBrs. Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, PMP. Beliau menggariskan kepentingan pameran ini dalam menyemarakkan semangat kecintaan terhadap sejarah dan warisan UiTM Cawangan Perak. Kehadiran barisan pengurusan eksekutif UiTM Cawangan Perak juga telah menambah seri majlis ini. Di mana mereka turut menyokong inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk mengangkat martabat institusi.

Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk memaparkan sejarah dan pencapaian UiTM Cawangan Perak tetapi sebagai platform untuk menggalakkan kesedaran dan kecintaan dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang pentingnya menghargai warisan institusi pendidikan. Diharapkan pameran ini dapat memupuk semangat patriotik dan rasa bangga terhadap sejarah UiTM Cawangan Perak dalam kalangan warga kampus serta komuniti setempat.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply