TAKLIMAT JIWA MERDEKA BEBAS SCAMMER

1 Oktober 2024, Selasa – Sempena sambutan Kemerdekaan Ke-67, Bahagian Infostruktur, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan “Program Merdeka Cara Kita” yang diadakan seperti butiran di bawah:-

Tarikh : 26/09/2024 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat : Aras 3, Ruang Legar Perpustakaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah “Taklimat Jiwa Merdeka Bebas Scammer” yang telah disampaikan oleh Puan Suhailly binti Saat, Business Development Manager RHB. Dalam taklimat ini, wakil dari pihak RHB Bank telah menyampaikan tips dan langkah-langkah jika terlibat dengan scam atau penipuan atas talian. Selain itu, pihak bank juga telah mengingatkan kepada para tetamu yang hadir berkenaan isu scammer yang masih lagi aktif diatas talian antaranya “Love Scam”.

Pihak RHB Bank juga telah menyediakan bebrapa soalan kuiz dan juga cabutan bertuah kepada peserta yang hadir.

Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply