Lawatan Pelajar dari Universitas Muhamadiyah Sumatera Barat dan Universitas Islam Sumatera Utara Ke PTAR Kampus Jasin.

14 Oktober 2024, Isnin – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menerima lawatan daripada Universitas Muhamadiyah Sumatera Barat dan Universitas Islam Sumatera Utara. Seramai 20 orang pelajar semester akhir telah hadir pada lawatan hari ini. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Encik Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan Puan Noorhafizah binti Azaman, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Pelajar-pelajar ini telah dibawa melawat fasiliti yang terdapat di PTAR Kampus Jasin.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply