Taklimat Perpustakaan : Information Literacy Program Sesi 2

7 Oktober 2024, Isnin- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat Perpustakaan : Information Literacy Program bagi pelajar Ijazah sempena pendaftaran pelajar baharu. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Kuliah 2, KPP 1,  UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, bermula 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Taklimat disampaikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Seramai 30 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat tersebut.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah memberi taklimat berkaitan perkhidmatan perpustakaan digital, PTAR Mobile App, PTAR MyKnowledge Management (MyKM), teknik pencarian maklumat yang berkesan kepada pelajar, program dan aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar baharu di UiTM Cawangan Melaka. 

Dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan sebaiknya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Norhazlan Nordin yang sudi berkongsi ilmu serta menyampaikan taklimat yang sangat bermanfaat. Semoga segala pengetahuan yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan menjadi panduan.

Taklimat disampaikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Pelajar sedang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh penceramah

Sekitar sesi bergambar PTAR bersama pelajar

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply