Tarikh: 2 Oktober 2024, Rabu
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi: Pusat Sumber Abqori SMKA Kuala Abang, Terengganu
Penglibatan: 30 orang Pengawas Pusat Sumber dan seorang Guru Pusat Sumber
Ringkasan:
Program Bengkel Literasi Maklumat Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Bersama Komuniti pada kali ini telah diadakan di Pusat Sumber Abqori SMKA Kuala Abang, Terengganu. Memenuhi jemputan pihak sekolah melalui Cikgu Rosleza Che Rahim, program ini telah melibatkan seramai 30 orang Pengawas Pusat Sumber dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4. Ianya merupakan inisiatif yang baik daripada pihak sekolah bersempena dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah SMKA Kuala Abang untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran mengenalpasti maklumat yang sahih dan betul. Pengisian telah disampaikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, dan Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, serta dibantu oleh Puan Ayuzawahie Amran, Pembantu Pustakawan Kanan. Pengisian selama dua jam yang disusuli dengan beberapa soalan kuiz ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan amatlah diharapkan agar segala perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua peserta.
Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.