Program Jelajah Ilmu Bersama Si Cilik @ PAB

πŸ“… Tarikh : 12 September 2024

⏳Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang

πŸ“ Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

πŸŽ“Peserta : Murid TABIKA KEMAS Jengka 11

Program Jelajah Ilmu Bersama Si Cilik @ PAB bersama murid TABIKA KEMAS Jengka 11, merupakan program lawatan pendidikan ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Program ini seiring dengan β€œSDG 4: Quality Education” dan β€œSDG 17 : Partnership for The Goals”, yang melibatkan seramai 39 orang terdiri daripada 18 orang murid dan 21 orang guru dan penjaga. Program ini dikendalikan oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki (Pustakawan).

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

πŸ’‘AKTIVITI 1 – Ice Breaking (suai kenal) dijalankan untuk mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

πŸ’‘AKTIVITI 2 – Library Tour dijalankan di dalam bangunan Perpustakaan Al-Bukhari bagi memperkenalkan ruang utama yang terdapat dalam bangunan perpustakaan.

πŸ’‘AKTIVITI 3 – Dunia Warna – Warni merupakan aktiviti mewarna poster bersempena Hari Malaysia pada 16 September.

πŸ’‘AKTIVITI 4 – Penyampaian Cenderamata kepada murid-murid TABIKA oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini. Semoga murid-murid dapat memupuk sikap minat membaca dan pendedahan awal dengan perpustakaan pada peringkat awal usia. πŸŒπŸ“š

Ilmu bermanfaat dikongsikan bersama ! πŸ“ˆπŸ™Œ

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply