12 September 2024 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Bengkel “Exploring Research and Writing: Navigating Scopus Online Database, Ethical Writing Practices and Responsible AI Use” secara atas talian menggunakan platform Cisco Webex yang bermula jam 9:30 pagi sehingga 3:30 petang. Bengkel ini telah disertai lebih 400 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada pensyarah.
Bengkel ini adalah sebagai pengenalan kepada para pensyarah tentang pangkalan data atas talian perpustakaan yang boleh digunakan dalam penyelidikan dan juga pembelajaran dalam kelas. Bengkel ini bertujuan bagi berkongsi maklumat tentang pangkalan data atas talian Scopus, Web of Science dan Emerald yang dapat membantu pensyarah dalam menghasilkan bahan penyelidikan serta mencetuskan idea bagi para pensyarah mengaplikasikan penggunaan pangkalan data atas talian dalam pembelajaran dalam kelas.
Bengkel ini telah dibahagikan kepada tiga sesi:
- Etika Penggunaan AI Dalam Penyelidikan Dan Penulisan Akademik (Encik Mohd Akmal Faiz Osman, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik UiTM Cawangan Kelantan)
- Prinsip Sebagai Penulis Dalam Penulisan Akademik dan Cara Mengintegrasikan Etika Dalam Amalan Penulisan Artikel (Prof. Dr. Faridah Hassan, Department of Ranking UiTM Global)
- Exploring Scopus Online Database for Research & University Learning (Dr. Muslim Ismail, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan)
Pautan rakaman: http://qr.library.uitm.edu.my/342u
Disediakan oleh: Cik Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang