Bengkel “The Art of Speed Reading”

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Bengkel The Art of Speed Reading pada 10 September 2024 (Selasa) bertempat di Bilik IT PTA. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan penyertaan seramai 22 orang peserta terdiri daripada staf pentadbiran dan staf akademik UiTMCK.

Instruktor bagi bengkel ini ialah Puan Nordelina Zulkarnain (Pustakawan Kanan) dan dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Puan Nor Azrina Hasbullah dan Encik Mohd Hilme Abdul Rahman (Pembantu Pustakawan Kanan).

Bengkel ini melibatkan penggunaan Modul Speed Reading yang telah dibangunkan oleh pihak PTAR UiTM Shah Alam. Melalui modul ini, para peserta didedahkan dengan apa itu membaca, faedah membaca, teknik membaca pantas dan latihan kemahiran membaca pantas bahan elektronik dan juga bahan bercetak. Program ini juga adalah selari dengan hasrat Naib Canselor UiTM yang mahukan  warga UiTM  terutama pelajar meningkatkan keupayaan  membaca pantas.

Diharapkan melalui bengkel ini warga UiTM Cawangan Kelantan dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam meningkatkan kompetensi kadar pembacaan mereka.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply