Program Bacaan Yasin di PTAR aras 12 KBM

Jumaat, 27 September 2024 – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal Islam KBM telah menjayakan program bacaan Yasin di PTAR aras 12 KBM. Program bacaan Yasin ini merupakan program bulanan Unit Hal Ehwal Islam KBM untuk pengisian rohani di samping mengeratkan hubungan antara staf di UiTM Kampus Bandaraya.

Bacaan Yasin ini telah diketuai oleh Ustaz Nor Mohd Faisal Md Ariffin, Penolong Pendaftar Unit Hal Ehwal Islam bersama dengan Penolong Rektor KBM, Dr. Mohd Halim Mahphoth.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply