25 September 2024 | Rabu – Program “Inspirasi Jiwa Bersama Kaunselor” telah diadakan untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang mendalam tentang peranan dan pengorbanan ibu dalam kehidupan. Progeam Bedah buku “Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan” ini disertai oleh 20 orang peserta di bertujuan untuk menghayati nilai-nilai murni yang dipaparkan dalam buku tersebut serta menginspirasikan peserta untuk menghargai ibu mereka.
“Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan” yang disampaikan oleh penceramah Puan Che Azlina Che Pa (KB PA MAL), Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu mengisahkan pelbagai cerita inspiratif mengenai pengorbanan dan kekuatan seorang ibu. Buku ini menonjolkan nilai-nilai seperti kesabaran, kasih sayang, dan ketabahan yang ditunjukkan oleh ibu-ibu dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Program “Inspirasi Jiwa Bersama Kaunselor: Bedah Buku Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan” berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pendedahan yang mendalam tentang pengorbanan seorang ibu. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menggalakkan lebih ramai individu menghargai dan menghayati peranan ibu dalam masyarakat.
Disediakan oleh: Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu