Pembentangan Projek & Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu

Pada 28 Ogos 2024 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan pembentangan projek khas dan majlis perpisahan Saudari Wan Nur Balqis Nabihah Binti Tun Abd Rani. Beliau memulakan latihan Industri di Perpustakaan Cendekiawan pada 14 April 2024 sehingga 29 Ogos 2024 yang merupakan pelajar Diploma Sains Komputer dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik.

Sepanjang di Perpustakaan Cendekiawan, pelbagai pendedahan dan proses kerja telah dikongsi dan diberikan sepanjang lima bulan menjalani latihan industri dan pelajar tersebut ditempatkan di Kaunter Perkhidmatan dan Sumber Bercetak.

Wan Nur Balqis Nabihah telah membentangkan beberapa tugasan yang telah diberikan kepada pihak perpustakaan. Antara tugasan yang diberikan kepada pelajar ialah mengemaskinikan maklumat buku bermasalah, dan e-sijil. Selain tu, pelajar tersebut turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di Perpustakaan dan turut ditugaskan untuk melaksanakan proses pendaftaran dan tambah nilai kepada warga UiTM untuk menggunakan mesin fotostat.

Majlis perpisahan turut diadakan kepada Wan Nur Balqis Nabihah untuk meraikan bersama warga Perpustakaan Cendekiawan. Puan Nurmaisari mewakili warga kerja perpustakaan menyampaikan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pelajar tersebut.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Saudari Wan Nur Balqis Nabihah Binti Tun Abd Rani telah berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya daripada seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan.

Disediakan oleh:  Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCTKKT

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply