11 September 2024: Satu sesi libat urus telah diadakan oleh Unit Arkib Cawangan Perak bertempat di Bahagian Hal Ehwal Pelajar pada 28 Ogos 2024. Program ini dilaksanakan selari dengan Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2024 khususnya Penetapan PI 2 yang menekankan bilangan libat urus pengurusan rekod, arkib dan galeri bersama Pusat Tanggungjawab. Ianya telah diketuai oleh Puan Nur Aqilah binti Rusli, Pustakawan Kanan PTAR dan dibantu oleh Puan Noor Faridatul Akhma binti Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Kanan.
Sesi ini bertujuan untk melakukan perjumpaan dan perundingan dengan Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) UiTM bagi membantu dan memberi perkongsian berkenaan dasar serta standard yang telah ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga universiti mengenai kepentingan pengurusan rekod yang berkesan.
Objektif utama sesi ini adalah untuk memberi pendedahan tentang fungsi dan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan serta kepentingan pengurusan rekod dan arkib dalam memelihara rekod UiTM untuk rujukan di masa hadapan. Staf Unit Arkib PTAR telah memainkan peranan penting dengan berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka dalam bidang pengurusan rekod sekaligus menyokong usaha untuk memelihara rekod UiTM secara berkesan. Komitmen mereka dalam meningkatkan pengurusan rekod di universiti amat dihargai dan diharapkan dapat memperkukuhkan sistem pengurusan rekod UiTM untuk masa hadapan.
Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar