PERTANDINGAN LAMAN IQRA’ 2024

9 Sepetember 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar akan menganjurkan Pertandingan Laman Iqra’ 2024. Pertandingan dijadualkan berlangsung dari 30 Ogos 2024 hingga 20 Oktober 2024. Pendaftaran dibuka sehingga 13 September 2024 sahaja.

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya ilmu dan minat membaca dalam kalangan warga UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Sudut bacaan atau Laman Iqra’ yang menjadi fokus pertandingan ini menyediakan ruang yang selesa dan santai untuk memudahkan staf dalam aktiviti membaca. Ia merupakan salah satu usaha di bawah Program Budaya Ilmu@UiTM untuk menggalakkan aktiviti membaca di setiap Bahagian, Unit, Fakulti, Kolej Pengajian, dan Kolej Kediaman dengan menyediakan ruang khas yang menarik minat staf untuk membaca.

Sebagai penghargaan kepada peserta pelbagai, hadiah menarik disediakan bagi pemenang yang menyertai program kali ini. Tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, tempat kedua RM150, tempat ketiga RM100 dan 5 hadiah saguhati berserta sijil penyertaan untuk para peserta. Diharap semua pihak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk memeriahkan lagi suasana budaya ilmu di kampus kita. Sebarang pertanyaan lanjut, kunjungi laman sesawang PTAR Cawangan Perak atau hubungi kami di talian 05-3742095.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply