3 Januari 2024 β Program Speakers’ Corner @ PTAR Bertam diadakan di LCE PTAR. Program ini merupakan anjuran PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa yang disertai oleh 43 pelajar dan bertujuan untuk memupuk budaya ilmu serta perkongsian pengetahuan melalui aktiviti pengucapan awam.
Pelajar mempelajari teknik pengucapan awam yang betul dan berlatih berucap di hadapan orang awam. Ini membantu mereka mengenali bakat dan potensi diri serta meningkatkan keyakinan. Program ini juga memberi panduan mengatasi kegugupan sebelum dan semasa berucap.
Perpustakaan UiTM komited memartabatkan pembudayaan ilmu. Program ini menggalakkan kedatangan pengunjung ke perpustakaan dan membentuk masyarakat berilmu dan berkeyakinan tinggi. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.