π—–π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗛 π—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘: “𝗙𝗒𝗒𝗗 𝗔𝗦 π— π—˜π——π—œπ—–π—œπ—‘π—˜”

5 SEPTEMBER 2024 | KHAMIS – Β Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kampus Kota Bharu (PTAKKB) telah menganjurkan Ceramah bertajuk “Food as Medicine” secara fizikal dan juga atas talian menggunakan platform Youtube Rasmi Perpustakaan Tengku Anis yang bermula jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Penceramah untuk Program ini adalah Dato’ Dr Zaidi Zakaria, Pakar Bedah Kolorektal dari KPJ Perdana Kota Bharu dan dikendalikan oleh En Zaihan Usman, Pensyarah Kanan yang merupakan seorang Diabetic Survivor sebagai Moderator pada program kali ini. Program ini telah disertai lebih 600 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada staf dan masyarakat umum yang berminat untuk memperbaiki cara pemakanan mereka antaranya mendidik peserta mengenai hubungan antara pemakanan dan kesihatan, menyediakan maklumat tentang makanan yang berkhasiat dan manfaatnya dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemilihan makanan yang tepat.

Ceramah bertajuk “Food as Medicine” telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan dalam menjaga kesihatan. Acara ini membincangkan bagaimana makanan dapat digunakan sebagai terapi untuk mencegah dan mengubati pelbagai penyakit. Amalan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjadi antara faktor yang membawa masalah penghadaman seterusnya seseorang itu boleh mengalami penyakit termasuk sembelit, kembung atau cirit birit.

Disediakan oleh:  Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply