GOTONG-ROYONG MENGIKAT BUKU

4 September 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan program gotong-royong mengikat buku bermula 1 Ogos 2024 sehingga selesai. Program ini telah diketuai oleh Encik Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar bersama 18 orang staf perpustakaan dan 10 orang pelajar latihan industri.

Tujuan program ini adalah sebagai langkah persediaan untuk kerja-kerja menukar ganti karpet sedia ada di aras 1 dan 2 perpustakaan. Penggantian karpet ini bertujuan untuk meningkatkan keselesaan dan penampilan ruang perpustakaan serta memastikan persekitaran yang lebih bersih dan menyenangkan untuk pengunjung. Aktiviti ini merangkumi proses mengikat lebih kurang 82,000 bahan bacaan serta membuat label mengikut rak supaya proses menyusun semula lebih mudah dan efisyen. PTAR Cawangan Perak mempunyai kakitangan yang komited di mana gotong-royong. Mengikat buku ini selesai dalam tempoh 1 minggu sahaja iaitu 8 Ogos 2024.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakwan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply