21 Ogos 2024/ 16 Safar 1446 (Rabu)
Syabas diucapkan buat Ketua Unit Pembangunan Bakat, PTAR Puan Nurul Aida Noor Azizi kerana dinobat Pembentang Terbaik (Perak) sempena Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA 2024) yang sedang berlangsung di Double Tree Resort, Pulau Pinang.
Terdahulu, Puan Nurul Aida telah membentang kertas kerja berjudul Strategic Talent Management in Academic Libraries: A case study of UiTM library di konvensyen yang berlangsung selama 2 hari bermula 20 Ogos 2024.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini inspirasi kepada rakan-rakan staf perpustakaan UiTM untuk meraih pencapaian yang mahupun lebih baik di masa hadapan.