9 Ogos 2024 – Program Pintar NILAM: Panduan Langkah Demi Langkah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bertam dengan penyertaan 16 pelajar dan 2 guru.
Program ini bertujuan untuk mengajar pelajar cara mengisi Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) secara online di laman web Advance Intergrated NILAM System (AINS) serta menjadi platform penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar sambil mempromosikan penggunaan perpustakaan sebagai sumber pendidikan utama.
Sepanjang program ini, para pelajar mendapat bimbingan langsung tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk mengisi NILAM dengan betul. Program ini juga menekankan kepentingan pembudayaan ilmu sebagai asas untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan berkeyakinan tinggi.
Perpustakaan UiTM komited dalam usaha ini, dengan harapan untuk terus memartabatkan budaya membaca dan menyemarakkan semangat pembelajaran dalam kalangan generasi muda.
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.