Pelupusan Fail Peribadi Pelajar di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Tarikh   : 11 – 15 Ogos 2024 (Ahad – Khamis)
Program:Pelaksanaan Tugasan Pelupusan Fail Peribadi Pelajar UiTM Cawangan Terengganu
Tempat:Bangunan Karah 14, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Anjuran:Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCT.

Ringkasan: Unit Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun dengan kerjasama Unit Arkib UiTMCT telah melaksanakan gerak kerja pelupusan Fail Peribadi Pelajar di Bangunan Karah 14, UiTMCT Kampus Dungun. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri Bil. 67/2024 bertarikh 26 Mei 2024, satu tugasan Task Force telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 35 orang staf daripada semua bahagian di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. Tugasan Task Force ini adalah aktiviti gotong-royong khas yang diadakan bertujuan untuk melupuskan Fail Peribadi Pelajar yang telah rosak akibat serangan anai-anai bermula pada 11-15 Ogos 2024 (Ahad – Khamis).

Sesi gotong-royong ini telah dikendalikan oleh Puan Nor Zaimah Binti Ma’amin (Pegawai Eksekutif Kanan) daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCT Kampus Dungun bersama Encik Md Kamil bin Ibrahim (Pustakawan Kanan). Aktiviti pelupusan ini melibatkan sebanyak 24,836 buah Fail Peribadi Pelajar yang telah rosak akibat serangan anai-anai. Kaedah yang digunakan untuk pelupusan Fail Peribadi Pelajar adalah secara dirincih atau dipotong seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Terengganu. Penggunaan alatan seperti gunting, pisau, pembaris, sarung tangan dan topeng muka telah disediakan oleh pihak BHEA bagi melancarkan proses kerja perincihan secara gotong-royong.

Sesi tersebut bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang di Bangunan Karah 14 UiTMCT Kampus Dungun. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi gotong-royong ini.

Disediakan oleh:
Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan
Lailatul Akma Omar, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply