Pameran 25 Tahun UiTM

Tarikh: 28 Ogos 2024/ 23 Safar 1446 (Selasa-Rabu) 

Masa: 8:00 malam

Tempat: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) 

Ringkasan: 

  1. Sempena sambutan Jubli Perak UiTM yang diadakan di DATC, satu pameran bertemakan 25 tahun UiTM telah berjaya dipamerkan oleh Jawatankuasa Pameran yang ahlinya terdiri daripada Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Puan Siti Salwa A. Rahman, Encik Mohd Azrry Zakaria dan Encik Muhammad Fikree Rahmat. 
  2. 8 panel pameran bersaiz 8 kaki tingi dan 4 kaki lebar berjudul Sejarah 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti mengandungi maklumat peristiwa bersejarah UiTM selepas tahun 1999. Antara yang menarik adalah Majlis Pengumuman ITM kepada UiTM pada 26 Ogos 1999 dan Canselor Pertama UiTM. 
  3. Kini, pameran tersebut telah ditempatkan di aras 4, PTAR UiTM Shah Alam dan terbuka untuk tatapan pengguna perpustakaan dan kumpulan pelawat. 
PTAR Shah Alam

Leave a Reply