Tarikh: 30 Ogos 2024/ 25 Safar 1446 (Jumaat)
Masa: 10:00 – 11:00 pagi
Tempat: Library Community Engagement, PTAR
Penceramah: Ustaz Haji Md Idris bin Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam)
Medium: Hibrid (fizikal dan dalam talian)
Penganjur: Unit Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan
Ringkasan:
- Bertemakan “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara”, kali ini Malaysia #QuranHour memilih Surah Al-Jumu’ah untuk dihayati hikmah disebalik surah ke-62 dalam Al-Quran.
- Bacaan dan huraian surah yang mengandungi 11 ayat telah dipimpin oleh Ustaz Haji Md Idris dalam program yang turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan.
- Pertama kali bersiaran secara langsung di saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UiTM, program ini telah ditonton hampir 200 orang sewaktu bersiaran.






