Tarikh: 28 Ogos 2024/ 23 Safar 1446 (Rabu)
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Koleksi Jawi@UiTM, PTAR UiTM Shah Alam
Ringkasan:
- Yang Dipertua Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) YBrs. Profesor Madya Dr. Adi Yasran telah meluangkan masa melawat koleksi Jawi@UiTM yang dipamerkan di aras 4, PTAR UiTM Shah Alam.
- Beliau yang juga Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah berada di PTAR sebagai penceramah Bengkel Transliterasi Jawi yang dihadiri oleh 24 orang staf PTAR.
- Lawatan beliau telah diiringi oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Puan Siti Salwa A. Rahman dan Puan Nurul Aida Noor Azizi.



