Kelas Digital Literasi : AI untuk Rakyat

Kelas Digital Literasi: AI untuk Rakyat
Tarikh: 15 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 2.30 – 4.30 petang
Tempat: Pusat IT PTAR UiTMCPP Kampus Bertam

Program ‘AI Untuk Rakyat’ adalah satu inisiatif oleh MyDIGITAL Corporation dan Intel, dengan kerjasama Digital Penang, untuk meningkatkan kesedaran tentang kecerdasan buatan (AI). Program ini memberi peluang kepada peserta dari pelbagai latar belakang untuk memahami konsep asas AI, prinsip etika AI, serta bagaimana teknologi ini mempengaruhi pelbagai industri. Peserta juga dapat memahami perbezaan antara mesin AI dan bukan AI serta meluruskan pandangan yang salah tentang teknologi ini.

Program ini dihadiri oleh 19 peserta, termasuk 5 dari PTAR UiTM dan 14 peserta luar. Melalui program ini, diharapkan masyarakat lebih peka dan bersedia menghadapi kemajuan teknologi yang pesat.

Nurhayati Hassan PTAR Bertam P. Pinang

Leave a Reply