Pada 11 & 18 Ogos 2024, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Program Cakna Integriti Siri 1 & 2 bertempat di Bilik Seminar PTA dan Aras 1 PTA.
Taklimat UiTMCK Cakna Integriti merupakan program perkongsian pengetahuan yang bertujuan memperkasakan kesedaran dan pemahaman integriti dalam kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan. Program ini dianjurkan oleh pihak PTA sebagai inisiatif untuk memenuhi KPI/PI No.086 bahagian pendaftar, iaitu ESI/IDART, bagi tahun 2024. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Kelantan.
Selain itu, sesi taklimat ini turut disertai dengan perkongsian daripada Unit Kaunseling UiTMCK yang bertujuan untuk memberikan suntikan moral dan semangat kepada warga kampus dalam menjalankan tugas harian mereka di pejabat. Objektif utama taklimat ini termasuk mencapai perancangan strategik UiTMCK berdasarkan KPI/PI yang ditetapkan oleh universiti, memberikan pendedahan mengenai integriti UiTM kepada warga kampus, serta mengurangkan kadar salah laku serta memahami istilah integriti di kalangan warga UiTMCK.
Bagi Program Cakna Integriti siri 1, pihak PTA telah menjemput Encik Hishamudin bin Mohamad Twontawi yang merupakan Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Kelantan.
Siri 1 diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar
Untuk Program Cakna Integriti Siri 2 dengan tema Program Bicara Kaunselor: Membina Hati Bahagia, pihak PTA telah menjemput Puan Azlina Che Pa, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu, sebagai penceramah undangan.
Siri 2 diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar