Seksyen Sumber Kandungan Digital : Selamat Datang Pelajar Latihan Industri sesi Ogos 2024

Tarikh: 20 Ogos 2024/ 15 Safar 1446 (Selasa) 
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang 
Tempat: Seksyen Sumber Kandungan Digital PTAR UiTM Shah Alam 
Peserta: 4 orang Pelajar Intern


Ringkasan: 
1. Seksyen Sumber Kandungan Digital, Bahagian Perpustakaan Digital PTAR telah menerima 4 orang pelajar Diploma dari Fakulti Pengurusan Maklumat bagi latihan Industri yang terdiri dari:
Cik Anis Syuhada binti Azlan dari UiTM Segamat,Johor
Cik Nur Afrina Aleeya Binti Nazry dari UiTM Segamat,Johor
Cik Nur Suhaila Yusof dari UiTM Machang, Kelantan
Cik Nurqurratu’aini binti Mohd Roslan dari UiTM Machang, Kelantan
 
2. Sepanjang menjalani latihan praktikal di Seksyen Sumber Kandungan Digital, selama sehari, mereka telah diberi penerangan ringkas oleh Pustakawan yang terlibat iaitu Pn. Norhamimi Othman dan Pn Rizana Mohd Radwan.
Beberapa tugasan yang memerlukan kepakaran dan teknik dalam pengendalian aplikasi dan perisian pendigitan telah diserahkan kepada mereka, antaranya kemahiran menggunakan Software Abby Fine Reader, pengendalian peralatan pengimbas Plustext OptiBook dan kepakaran mengendalikan Adobe Acrobat Proffessional


3. Disamping pendedahan kepada proses pendigitalan bahan harta intelek UiTM, mereka turut diajar tentang Metadata dan Taxonomy didalam sistem Repositori PTAR. Antaranya Repositori Institusi UiTM yang berada dalam ranking 40 repositori terbaik dunia dan Repository Local Content Hub yang menempatkan koleksi penulisan dalam bidang Niche tempatan. Diharapkan pendedahan kepada dalam system repositori tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya apabila mereka melangkah kea lam kerjaya nanti.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka kerana berjaya menyiapkan dengan sempurna semua tugasan yang diserahkan

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply