
Tarikh: 20 Ogos 2024/ 15 Safar 1446 (Selasa)
Masa: 8:30 pagi – 10.30 pagi
Tempat: Bahagian Pentaksiran UiTM
Ringkasan:
- Seksyen Sumber Kandungan Digital, Bahagian Perpustakaan Digital PTAR diketuai oleh Pn Norhamimi Othman bersama tiga staf (Cik Laili Hafizun, En. Shahrul Hairi dan Pn Nur Adibah Diyana Othman ) telah berkunjung ke Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik UiTM pada 20 Ogos 2024.
- Kunjungan ini adalah kunjungan rutin yang dilakukan pada setiap kali selesai peperiksaan dan seusai berakhirnya setiap semester, bagi tujuan mengambil Kertas Soalan Peperiksaan UiTM pada sesi tersebut.
- Seksyen Sumber Kandungan Digital dipertanggungjawabkan untuk melakukan proses pendigitan bahan tersebut bagi muatnaik ke system EQPS PTAR.
- Dianggarkan jumlah kod bagi keseluruhan program pada semester ini adalah sebanyak 1183 kod
- Kertas Soalan ini akan dapat diakses oleh pengguna sebelum bermula semester baharu.
