Bengkel transformasi AI dalam pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan

Tarikh: 12 Ogos 2024/ 7 Safar 1446 (Isnin) 

Masa: 8:30 pagi – 4:30 petang 

Tempat: Makmal IT 2, PTAR UiTM Shah Alam 

Penceramah: Profesor Madya Ts Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Pengarah, Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik. 

Peserta: 39 orang peserta 

Ringkasan: 

  • Penggunaan aplikasi teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) telah diperkenal dengan penyampaian yang mudah dan berkesan oleh penceramah Ts Dr. Syamsul. 
  • Beliau turut membimbing teknik penggunaan pelbagai aplikasi AI yang berguna dalam penghasilan kandungan di medium media sosial seperti: ChatGPT (menghasilkan kandungan teks), Co-Pilot (menghasilkan imej), Pixlr (edit imej), Invideo (memasukkan tekas dan imej bagi menghasilkan video), Suno (menghasilkan audio). Nota dan hasil kerja bengkel boleh dicapai menerusi PTAR@2024-Embracing Generative AI Work Task
  • Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan asas teknologi AI dan selanjutnya menggerakkan salah satu kerangka AI dalam aspek perkhidmatan perpustakaan. 
  • Bengkel dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat, PTAR. 
PTAR Shah Alam

Leave a Reply