PROGRAM BUDAYA ILMU: BICARA KERJAYA BERSAMA ALUMNI

2 Ogos 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Program Budaya Ilmu: Bicara Kerjaya Bersama Alumni yang bertajuk Prospek Kerjaya Industri Benih. Program ini telah diadakan di Ruang LCE (Learning Community Engagement) Aras 1 PTAR Jasin dan secara atas talian di YouTube Live.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cabaran semasa dan akan datang dalam dunia kerjaya yang akan diceburi. Selain itu, dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri peserta dalam mengenali potensi diri mereka sehingga dapat membantu memilih kerjaya yang bersesuaian.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

“PEMBUDAYAAN ILMU, MEMBENTUK ADIWANGSA

“MALAYSIA MADANI”

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply