20 Januari 2024 (Sabtu) – Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada rombongan Delegasi MoSAA (Meeting of Student Affairs Administrator) 2024 (MoSAA’24) sekitar jam 2.00 petang.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Saimi Bujang, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Kampus Samarahan 2. Pengurusan PTAR merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil Delegasi diatas kesudian mengunjungi Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak.









