Tarikh: 24 Julai 2024 / 18 Muharram 1446 (Rabu)
Tempat: Bilik Seminar PTAR UiTM Shah Alam
Masa: 9:00 pagi
Ringkasan:
- Pembentangan Perancangan Strategik Q2/2024 dan Hala Tuju Perpustakaan UiTM 2030 telah dihadiri seramai 51 orang ahli terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Perpustakaan cawangan UiTM, Ketua Bahagian dan Ketua Unit.
- Objektif ialah pembentangan pencapaian suku kedua Perpustakaan UiTM tahun 2024 dan halatuju Perpustakaan UiTM dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- Ketua Jabatan Perpustakaan Digital Encik Arshad Bujang buat pertama kalinya berkongsi tentang teknologi yang akan diguna pakai dalam merekod kehadiran pengunjung ke perpustakaan.










