Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menganjurkan Program Bedah Buku bagi buku yang bertajuk The 7 Habits of Highly Effective People pada 3 Julai 2024, Rabu yang lalu. Bertempat di Sudut AZKA@Library Community Engagement (LCE), buku ini telah dikupas dengan baik oleh Dr. Abd Wahab Md Ali, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTMCT, dengan mengaitkan dengan penghijrahan kita sebagai individu sempena Awal Muharram 1445H. Program ini dihadiri oleh 80 orang peserta yang kebanyakkannya ialah pelajar dari pelbagai latar belakang fakulti.
Semoga ianya memberi manfaat kepada semua peserta.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.