Mobile Library PKEJ@Pusat Kebudayaan UiTM

Rabu, 4 Muharam 1445H, 10 Julai 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Mobile Library yang bertempat di Pusat Kebudayaan, Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah disambut baik oleh kakitangan daripada Pusat Kebudayaan.

Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan staf di Pusat Kebudayaan Kompleks Budisiswa, UiTM Shah Alam untuk aktif meminjam buku-buku dari perpustakaan.  Program ini turut menyumbang kepada peningkatan budaya membaca di kalangan kakitangan universiti serta menambahkan kesedaran akan kepelbagaian koleksi dan kemudahan yang ada di perpustakaan. Antara program yang telah dipromosikan adalah:

  • Perkhidmatan Book Delivery Service
  • Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan
  • Keahlian luar
  • Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tersedia di PKEJ

Mereka turut mendapat hadiah yang menarik bagi menggalakkan kakitangan di Pusat Kebudayaan membuat pinjaman buku. Ingin kami ke tempat anda? Sila hubungi:

Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood

Pustakawan Kanan

idahanim@uitm.edu.my

atau

Encik Mohd Farid bin Mohamed Said

Pembantu Pustakawan Kanan

mfarid425@uitm.edu.my

Jumpa anda di lokasi akan datang!

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply