Program Khidmat Komuniti Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara

18 Julai 2024 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Program Khidmat Komuniti bersama sekolah yang diadakan di Makmal Komputer (MKD3) dan Perpustakaan Cendekiawan bermula 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini dihadiri oleh 32 Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 3 orang guru pengiring.

Objektif program ini dijalankan bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada para pelajar dalam bidang kepustakawanan. Slot ini dikendalikan oleh seorang Pustakawan dan 4 orang Pembantu Pustakawan Kanan. Antara pengisiannya:

Kursus Kepimpinan & Pemantapan Pengawas Pusat Sumber Sekolah :

– Pengenalan Perpustakaan

– Taklimat Kerjaya Kepustakawanan

– Taklimat Pengkatalogan dan Modul literasi maklumat : Strategi Pencarian bahan

– Bacaan Pantas

Semoga program khidmat komuniti yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam bidang kepustakawan yang merangkumi peluang pekerjaan serta skop dan fungsi.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply