Kelas Digital Literasi : AI untuk Rakyat

Pada 10 Julai 2024, telah berlangsung Kelas Digital Literasi: AI untuk Rakyat yang dilaksanakan di Pusat IT, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Program ini adalah inisiatif PTAR bersama rakan strategik Digital Penang bagi memenuhi arahan surat edaran “Pelaksanaan program ‘AI Untuk Rakyat’ Dalam Kalangan Penjawat Awam’.

Program AI untuk Rakyat ini bertujuan untuk memastikan peningkatan kesedaran awam terhadap penggunaan teknologi termaju Kecerdasan Buatan atau AI. Ianya merupakan program pembelajaran secara dalam talian yang mana peserta perlu melengkapkan program pembelajaran bagi memperoleh lencana ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’.

Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dan komuniti sekitar kampus telah mengikuti program ini yang boleh dicapai melalui portal www.ai.gov.my.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply