28 Jun 2024 – Bertempat di ruang “Library Community Engagement” PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh, telah berlangsung program EmpowerED : Voice of Change anjuran PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah sebagai wadah kepada pelajar mengembangkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan selain daripada Bahasa Malaysia. Selain itu program ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk berinteraksi dan menyampaikan maklumat dalam Bahasa Inggeris selain memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
Program ini telah dikendalikan oleh Cik Marni Jamil, pensyarah Bahasa Inggeris di Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP dan disertai oleh 42 orang pelajar. Setiap pelajar diberikan masa selama 2 minit untuk menyampaikan topik yang dipilih di hadapan audiens. Antara topik-topik yang disampaikan merangkumi “academic integrity”, “physical health awareness” dan “digital literacy”. Program yang berlangsung selama satu jam setengah ini berakhir jam 10.00 pagi dengan jayanya. Semoga program seumpama ini mencapai objektif yang digariskan.
Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan