Program Library Street Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Bagi meneruskan peranan menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga universiti, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun, telah menganjurkan Program Library Street pada bulan Mei dan Jun 2024 di beberapa lokasi berbeza sekitar kampus. Selain Unit Perkhidmatan Perpustakaan, program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini turut disertai oleh Unit Perpustakaan Digital dan Arkib Universiti, serta Unit Sumber Rujukan Universiti, yang menawarkan pelbagai aktiviti dan penerangan kepada pengguna.

Tarikh dan lokasi Program Library Street bagi semester ini adalah seperti berikut :-

  • 15 Mei 2024, Dewan Makan Kolej Perhentian
    Ketua Aktiviti: Puan Ayuzahawie Amran
  • 21 Mei 2024, Dewan Makan Kolej Tenggol
    Ketua Aktiviti: Puan Hafsah Mustafa
  • 5 Jun 2024, Dewan Makan Kolej Perhentian
    Ketua Aktiviti: En. Abdul Hadi Idris
  • 12 Jun 2024, Dataran Jasmin
    Ketua Aktiviti: En. Nik Ahmad Kamal Nik Wadi

Pogram di bawah inisiatif pembudayaan ilmu ini adalah antara strategi yang dijadualkan setiap semester oleh Unit Perkhidmatan Perpustakaan bagi menggalakkan staf mahupun pelajar UiTMCT untuk menambah pengetahuan dengan membaca, di samping mempromosi perkhidmatan terkini dan rundingan berkaitan sokongan akademik secara terus kepada pengguna.

Bagi memeriahkan lagi program ini juga turut mengadakan aktiviti seperti teka berat buku,teka jumlah muka surat buku, Mini Speed Reading, Celik Jawi, anugerah pengunjung bertuah, dan peminjam buku yang bertuah. Selain hadiah utama aktiviti, pengunjung juga telah menerima pelbagai hadiah saguhati, e-merit dan e-sijil penyertaan yang disediakan di setiap lokasi program.

Secara keseluruhannya, Program Library Streets semester ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari warga kampus terutama pelajar; mencatatkan seramai 427 orang pengunjung program dan sebanyak 227 naskhah buku telah dipinjam. Selaku pihak penganjur, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply