Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 4.0

16 Julai 2024, Selasa – Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Melaka bersama rakan strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Program Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 4.0 2024. Program ini merupakan pembentangan hasil pelajar secara fizikal bagi projek pelajar Semester 5, Program Diploma in English for Professional Communication (LG120) di bawah subjek Professional Communication Exercise (ELS304). Program telah dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Panel industri PiCaSo 4.0 kali ini terdiri daripada Puan Pn. Nurul Hidayah Binti Mohamad Abdillah, Malaysian Institute of Translation & Books (ITBM) dan Encik Ahmad Luqman, CEO and Founder of Pipitpress.

Program yang melibatkan sebanyak 21 pembentangan hasil pelajar bersama pihak industri turut menjadi platform penting untuk menghubungkan ilmu teori dengan aplikasi praktikal. Melalui pembentangan ini, pelajar berpeluang untuk berkongsi kreativiti dan inovasi mereka serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada profesional industri. Selain itu, program ini juga membuka peluang jaringan yang luas, di mana pelajar dapat berinteraksi dengan wakil-wakil industri, sekaligus meningkatkan prospek kerjaya mereka di masa hadapan. Setinggi tahniah kepada semua pembentang dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program.

Gambar program : https://www.facebook.com/photo?fbid=3801767016775333&set=pcb.3801763926775642

Ditulis oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply