12 Julai 2024, Jumaat – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat yang telah dihadiri oleh 141 orang peserta dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu, bermula jam 8.30 pagi – 12.30 tengah hari.
Objektif Bengkel Literasi Maklumat ini adalah :
1. Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai maklumat dan literasi maklumat
2. Mendedahkan pelajar kepada kaedah pencarian maklumat yang tepat dan berkesan
3. Mempelbagaikan kemahiran pelajar dalam penilaian dan menguruskan maklumat
4. Mendedahkan pelajar kepada etika penggunaan maklumat
5. Perpustakaan sebagai penggerak literasi maklumat untuk melestari dan merealisasikan generasi yang celik maklumat
Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan Keahlian Luar PTAR dan Perkhidmatan Perpustakaan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan PTAR. Seterusnya sebanyak 6 topik utama bermula dari pengenalan keperluan maklumat, jenis sumber maklumat, kaedah pencarian, penilaian dan penyimpanan maklumat yang tepat dan berkesan serta etika penggunaan maklumat telah disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR. Bagi topik akhir Simulasi, Pemerhatian dan Penilaian telah dikendalikan oleh Encik Abdul Azim Ab. Ghani, Pustakawan PTAR melalui kuiz interaktif yang telah disediakan merangkumi topik pembelajaran sepanjang Bengkel Literasi Maklumat dijalankan.
Tahniah kepada pemenang kuiz :
Tempat Pertama : Amal Hayati Mohamad Nazim, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Tempat Kedua : Nur Hidayahtullah Sapriadi, Unit Pendidikan Islam
Tempat Ketiga : Nur Damia Safiyyah Mohd Raohan, Unit Pendidikan Islam
Bengkel turut diserikan dengan ucapan penghargaan dari Encik Ahmad Suhaizan Pandak, Pensyarah mewakili Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu selaku Rakan Pembelajaran Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.
Melalui sesi ini, PTAR sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus memainkan peranan penting bagi memastikan penyediaan perkhidmatan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bukan sahaja bagi warga UiTM tetapi menyumbang kepakaran yang ada bersama komuniti masyarakat. Setinggi terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat menjayakan Bengkel Literasi Maklumat ini.
Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/photo/?fbid=3798554370429931&set=pcb.3798565750428793
Ditulis oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka