Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan sesi libat urus dan kelas penyelidikan bersama pelajar Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (Pengurusan Maklumat) bagi kod kursus Foundation of Archives (IMD313), Introduction to Electronic Recordkeeping (IMD262) dan Foundation of Records Management (IMD161) pada 30 Jun & 1-4 Julai 2024 bertempat di Bilik IT dan Bilik Seminar PTA yang melibatkan seramai 166 orang pelajar daripada 6 kelas.
Tujuan sesi libat urus bersama pelajar ini dijalankan adalah untuk mendedahkan & berkongsi ilmu dalam pengurusan arkib kepada para pelajar agar mereka dapat memahami dengan lebih mendalam bagi subjek yang mereka ambil pada semester ini dengan melihat sendiri situasi sebenar proses kerja serta pengurusan di unit arkib PTA khususnya.
Taklimat mengenai unit arkib dari segi pengenalan, jenis-jenis rekod yang disimpan, kaedah pelupusan, pendigitalan, pemuliharaan bahan dan lain-lain telah disampaikan oleh staf (pembantu pustakawan kanan) unit arkib PTA iaitu Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor, Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly, Encik Mohd Ridzuan Ramli & Encik Zul Abdullah (Pembantu Pemuliharaan Kanan) dan diikuti dengan sesi lawatan ke unit arkib untuk melihat tempat penyimpanan rekod/fail, peralatan dan mesin yang digunakan & proses kerja.
Semoga melalui sesi libat urus dan kelas penyelidikan ini, para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka akan situasi sebenar proses kerja bagi pengurusan rekod di organisasi khususnya di unit arkib PTA.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang