Program Vitamin Ilmu Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah

Pada 23 Mei 2024 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan Program Vitamin Ilmu Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah bertempat di Pusat Sumber Tengku Razaleigh, SMK Hamzah Machang yang melibatkan seramai 74 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah, pengawas SPBT, pengawas koperasi dan pelajar tingkatan enam bawah.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, pengalaman dan kepimpinan dalam bidang tugas masing-masing serta memberi pendedahan kepada murid dengan kemahiran khusus dalam pengurusan bidang pengawas terutama sekali kepada pengawas pusat sumber.

Taklimat bagi program ini telah disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA. Antara pengisian bagi program ini adalah:

  1. Kursus pemantapan & kepimpinan pengawas
  2. Taklimat Modul literasi maklumat : Strategi Pencarian bahan
  3. Taklimat Dewey Decimal Classification (DDC)

Turut hadir dan dibantu bersama Encik Mohd Hazrie Mat Nawi (Pembantu Pustakawan Kanan), Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan) dan dua orang sukarelawan pelajar PTA iaitu Cik Adriana Sufiya Ahmad Sofian dan Cik Nur Nisa Mohd Laji. Program diakhiri dengan rumusan program daripada wakil pelajar diikuti dengan ucapan penutup daripada wakil guru SMK Hamzah iaitu Encik Zulkapli Bin Mat Sini (Penolong Kanan Pentadbiran) dan sesi penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah.

Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Hamzah di atas kesudian untuk bekerjasama buat kali keduanya bagi menganjurkan program kolaborasi bersama PTA. Pihak PTA akan terus menyokong serta bersedia untuk berkerjasama lagi bagi program serta aktiviti pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Cik Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply